Thursday, November 10, 2011

Malay Toad In The Hole










Eyeww...pelik kan nama dia?? Tapii nampak sangat sedap..ekin mula meng'google' resepi ni selepas tengok satu rancangan masakan arab.."City Sisters"..Seriously it looks so yummy delicious..wallahh!

I'm gonna put the recipie here and will try to make it one day..(amboi..amboi..amboi..)
Orait..Let's start..

BAHAN-BAHAN:

125g tepung gandum
1 sudu kecil garam (Ikut resepi asal guna garam Kosher..)
Secubit lada hitam yang baru digiling
2 biji telur, dipukul
0.25 ltr susu
1 sudu makan minyak sayur-sayuran
6 Batang Sosej (Gunakan sosej yang HALAL tau..)

PERKAKAS MASAK:

1 Mangkuk Besar













1 Pemukul @ balloon whisks












Loyang Kaca/besi Tahan Panas















CARA-CARA:

1. Panaskan oven suhu 220 darjah celcius. Masukkan sosej dalam loyang yang berisi minyak sayur..dan bakar selama 10 minit.
2. Masukkan tepung gandum dalam mangkuk besar,masukkan sedikit garam dan lada hitam.
3. Pecahkan telur dan kacau perlahan.
4. Masukkan susu.
5. Kacau sehingga sebati (the mixture must thick and smooth ok)
6. Masukkan bahan yg dikacau ini ke dalam sosej yang dibakar tadi. Kemudian bakar semula selama 20 minit.
7. Keluarkan dari oven dan siap.

Ia boleh dimakan sebagai breakfirst bersama baked beands, sayuran, kentang atau sebagainya.
Dalam resepi mak arab tu dia makan bersama sayur bayam yang dimasak bersama bawang dan stok ayam dan kuah bawang.

Selamat Mencuba!!

Sunday, October 30, 2011

Nasi Kukus Royal Lily

Panas..panas n sedap..itu je ekin boleh cakap..ayam rempahnye sungguh sedap..timunnye cukup segar..kuahnye..yuummm..lazaat...selalu order bersama MILO AIS..ais..ais..bebehhh!!

Kenapakah ia dipanggil nasi kukus royal lily?? sebab ia adalah satu-satunya yang dijual kat Royal Lily, Cameron Highlands..

Let's check it out.

RESEPI NASI KUKUS..

Bahan-bahan ( dua tiga org makan,terpulang pada kuantitinya )

-Beras
-Air
-Bekas nasi kukus
-Lauk pauk yang dah siap

Cara-cara


1. Sediakan bekas nasi kukus dan sambil tu bersihkan beras



2. Isikan beras yg telah bersih td sehingga lebih kurang 3/4 kedalam bekas itu.

3. Isikan air kedalam bekas tersebut sehingga penuh,

4. Kemudian kukus nasi ini didalam periuk pengukus,sebelum tu air didalam periuk pengukus ini hendaklah mendidih dulu.

5. Kukus nasi ini selama lebih kurang 30minit.ini la rupa nya apabila nasi dah masak. telangkupkan bekas nasi,biasa nasi akan tertanggal dari bekas dengan sendirinya apabila ia panas2....kalau tak tanggal,gunakan sudu untuk tanggalkannya...

6. Makan la dengan lauk pauk yang telah siap...biasanya nasi kukus sedap dimakan dengan lauk kari dan ayam goreng berempah berserta timun...

(Ayam Goreng Berempah)
(Timun Batang)
(Kari Ayam)









Sekian, Selamat mencuba..

P/s: Sedapnye..masih teringat2 lagi...
SUMBER RESEPI

Saturday, October 29, 2011

Nasi Goreng Kampung Sodap

Alhamdulillah..kenyang..makan nasi goreng kampung + air barli with my hubby and friends..sangat sedap hingga pinggan tersebut sangat bersih tanpa sebarang sisa! Clear beb!! Nasi tu yang sodap ke aku yang lapor???? hehehehe..btw, keenakkannya memang jelas terasa..

Rasa ikan bilis dia..rasa kangkung dia..rasa macam ada belancan pun ada..nasi goreng kampung taruk belacan ker??? aishh..xpernah plak cuba buat resepi nasi goreng kampung..biasa duk buat nasi goreng sendiri jerrr..heh3..

Camne nak buat si dia a.k.a nasi goreng kampung yang sodap 2? Ekin try la google tengok resepinye..ni la dia..


(Ini gambar 'pinjam' aje..)

Bahan-bahan (4 org):
5 senduk nasi - lagi sedap kalau guna nasi sejuk
200gm dada ayam - dipotong kecil2/kiub
secekak sayur kangkung - dipotong 3cm
5 sudu besar air masak
3 sudu besar minyak

Bahan2 B:
1 sudu besar garam
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis - direndam sekejap
7 biji cili api - kalau nak pedas boleh tambah


Cara2:

1. Tumbuk semua bahan2 B tapi jangan terlalu lumat dengan menggunakan batu tumbuk. Jangan letak air sewaktu menumbuk cukup sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan2 tersebut
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau dengan api yg sederhana besar
3. Masukkan pula ayam dan goreng sehingga ayam empuk
4. setelah itu masukkan air dan masukkan kangkung (masukkan batang dahulu supaya cepat empuk).Masak selama 1 minit dan kecilkan sedikit api. Boleh ditambahkan garam jika perlu
5. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati
6. Setelah itu bolehlah dihidangkan bersama2 telur goreng mata kerbau

P/s: hahaha..boleh try..& ternyata! Xada belacan!!

Kek Tiramisu



First time tengok kek ni..tertanya-tanya..apakah rasanya? Coklat ke? Kopi ke? Dan..bila first time makan kek ni..dalam hati cakap sendiri..emm..not bad..yummy3..

Terasa juga nak buat..apa resepinye??

Resipi Kek Tiramisu Simple aje..

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 2 bahagian
5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
6. Pastu sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…

P/s : cuba jangan xcuba..

Monday, October 24, 2011

It's all about Food!

It's all about him..him..him..it's all about me..me..me..haha..this blog is not about him or whatever..it'about FOOD!!..Ekin nak share apa saja resepi yang ada..apa saje yang ekin makan or masak..anything and everything about food..but hopefully xjadi begitu obses macam Julie Powell 2..siap ada book, blog and film! Hehehe..ape2 pun i love that story.. “Mastering the Art of French Cooking?? Emm..maybe x la kot..nak kena master Malay cooking dulu..haha..

Orait, later i'll post resipi yang sodap2 ok!