Thursday, November 10, 2011

Malay Toad In The Hole










Eyeww...pelik kan nama dia?? Tapii nampak sangat sedap..ekin mula meng'google' resepi ni selepas tengok satu rancangan masakan arab.."City Sisters"..Seriously it looks so yummy delicious..wallahh!

I'm gonna put the recipie here and will try to make it one day..(amboi..amboi..amboi..)
Orait..Let's start..

BAHAN-BAHAN:

125g tepung gandum
1 sudu kecil garam (Ikut resepi asal guna garam Kosher..)
Secubit lada hitam yang baru digiling
2 biji telur, dipukul
0.25 ltr susu
1 sudu makan minyak sayur-sayuran
6 Batang Sosej (Gunakan sosej yang HALAL tau..)

PERKAKAS MASAK:

1 Mangkuk Besar













1 Pemukul @ balloon whisks












Loyang Kaca/besi Tahan Panas















CARA-CARA:

1. Panaskan oven suhu 220 darjah celcius. Masukkan sosej dalam loyang yang berisi minyak sayur..dan bakar selama 10 minit.
2. Masukkan tepung gandum dalam mangkuk besar,masukkan sedikit garam dan lada hitam.
3. Pecahkan telur dan kacau perlahan.
4. Masukkan susu.
5. Kacau sehingga sebati (the mixture must thick and smooth ok)
6. Masukkan bahan yg dikacau ini ke dalam sosej yang dibakar tadi. Kemudian bakar semula selama 20 minit.
7. Keluarkan dari oven dan siap.

Ia boleh dimakan sebagai breakfirst bersama baked beands, sayuran, kentang atau sebagainya.
Dalam resepi mak arab tu dia makan bersama sayur bayam yang dimasak bersama bawang dan stok ayam dan kuah bawang.

Selamat Mencuba!!

2 comments: